Friday, July 2, 2010

Cili Padi 2010


sila download borang penyertaan disini














sila download borang penyertaan disini

PENGENALAN

Pertandingan Poster Kemerdekaan Cili Padi 2010 dianjurkan Kelab Periklanan,
Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

Pertandingan ini telah dianjurkan sebanyak 2 kali di peringkat Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan 2 kali juga di peringkat UiTM.

Pada tahun ini, seperti pada tahun 2005 dan 2007, pertandingan ini akan di buka kepada semua penuntut UiTM di kampus Shah Alam serta kampus-kampus cawangan.

Berikut adalah tema-tema yang pernah dipilih sempena sambutan kemerdekaan yang terdahulu

1. Merdeka Print AD Competition 2003 : Perpaduan Kaum di Malaysia

2. Merdeka Print AD Competition 2004 : Kebebasan daripada Penjajahan

3. Merdeka Print AD Competition 2005 : Peace, Prosperity, and Progress

4. Merdeka Print AD competition 2007 : Rebranding Malaysia: The next 50 years.

Pada tahun ini tema yang dipilih ialah ‘INNER ELEMENTS: 1 MALAYSIA’.

Borang penyertaan pertandingan boleh dimuat turun dari 1hb Julai hingga 30hb Ogos 2010 dan terbuka untuk semua penuntut UiTM.

Para peserta bebas untuk menghantar seberapa banyak penyertaan, berupa poster untuk media cetak, sama ada didalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Hasil kerja yang di cipta dan direka untuk pertandingan ini mestilah sesuai untuk di siarkan di dalam media-media cetak seperti suratkhabar atau majalah.

Hasil akhir ciptaan para peserta mestilah dihantar dalam saiz A3, dan berformat PDF.

Semua penyertaan perlu dihantar secara ‘online’ ke cilipadiuitm2010@gmail.com.

OBJEKTIF PERTANDINGAN

Objektif pertandingan ini adalah :

1. Menerapkan semangat patriotisme dan cintakan negara dikalangan pelajar UiTM.

2. Memberikan peluang serta menggalakkan para pelajar untuk menonjolkan diri serta mencungkil bakat kreatif dikalangan para pelajar.

3. Mewujudkan suasana kompetitif dikalangan pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi
persaingan dalam industri kelak.

4. Memberi penghargaan buat para pelajar yang berbakat serta mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

5. Mengeratkan ikatan silaturrahim di kalangan pelajar dan pensyarah, pelajar-pelajar dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan dengan industri.

TEMA PERTANDINGAN

‘INNER ELEMENTS: 1 MALAYSIA’

Pada asasnya apakah fakta-fakta penting yang boleh mempengaruhi minda, pesepsi dan tingkahlaku supaya rakyat berbilang kaum agar sentiasa hidup dalam suasana aman dan makmur;

apakah amalan- amalan dan gaya hidup yang wujud yang boleh di pertingkatkan supaya rakyat yang berbilang kaum boleh berbangga dengan identiti mereka sebagai ‘Satu Malaysia‘.

Pembentukan identiti sebagai ‘Satu Malaysia’ boleh diperkukuhkan melalui pelbagai cara seperti sukan, pendidikan, toleransi agama, perayaan, makanan, pelancongan dalam negara, fesyen, muzik dan lain-lain.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

• Hanya pelajar UiTM sahaja yang layak menyertai pertandingan ini. Para pelajar boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.

• Yuran sebanyak RM10.00 bagi setiap penyertaan perlu dibayar samaada secara :

a) Wang Pos atas nama ‘Bendahari UiTM’

atau

b) Pindahan Wang (ATM) ke akaun berikut,

Nama Akaun : Bendahari UiTM
No Akaun : 105140003422 (Affin Bank)

Bukti pembayaran atau wang pos dialamatkan kepada :

Inche Rahani bt Abd. Rahman (Penolong Pendaftar) Urusetia Pertandingan Poster Kemerdekaan Cili Padi 2010,
Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media,
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam, Selangor.

• Bukti pengiriman melalui wang pos bukan bukti penerimaan. Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap segala kesulitan atau kehilangan semasa pengiriman wang pos.

• Bahan-bahan yang diterima tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik penganjur.

• Pihak penganjur adalah berhak untuk menggunakan hasil kerja yang dihantar oleh peserta bagi tujuan percetakan dan sebagainya. (majalah atau di tempat lain).

• Setiap karya hendaklah karya asli dan bukan tiruan daripada mana-mana karya yang sudah diterbitkan.

• Penyertaan mestilah dihantar oleh individu yang memegang hak cipta ke atas karya berkenaan.

• Penganjur berhak menukar hadiah tanpa sebarang notis.

• Hadiah yang tidak dituntut selepas 2 minggu pengumuman pemenang pertandingan akan menjadi milik penganjur.

CARA PENGADILAN

Setiap penyertaan akan dinilai berdasarkan :

1. Prinsip asas penghasilan poster yang baik.
2. Keaslian idea.
3. Daya kreativiti.
4. Impak yang terhasil dari poster.


Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang rayuan berkenaan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

cilipadiuitm2010@gmail.com akan ditutup jam 5 petang 30hb Ogos 2010.

HADIAH PERTANDINGAN

Hanya SATU kategori akan dipertandingkan iaitu kategori ‘Poster Terbaik’.

Para pemenang akan menerima hadiah-hadiah seperti berikut :


GOLD CILI PADI
Wang Tunai RM1000
6 bulan keahlian Titanium VIP Body Express Fitness Club
2H/1M Penginapan Blue Wave Club Floor Suite Room
Hamper & Kad Meriah Mydin
Baucer
Diskaun Masuk Sunway Lagoon Theme Park
Sijil Penyertaan


SILVER CILI PADI
Wang Tunai RM 700
4 bulan keahlian Titanium VIP Body Express Fitness Club
Hamper & Kad Meriah Mydin
Baucer
Diskaun Masuk Sunway Lagoon Theme Park
Sijil Penyertaan


BRONZE CILI PADI
Wang Tunai RM500
2 bulan keahlian Titanium VIP Body Express Fitness Club
Hamper & Kad Meriah Mydin
Baucer
Diskaun Masuk Sunway Lagoon Theme Park
Sijil Penyertaan


20 HADIAH SAGUHATI
1 bulan keahlian Body Express Fitness Club
Kad Meriah Mydin
Baucer
Diskaun Masuk Sunway Lagoon Theme Park
Sijil Penyertaan

* 80 Penyertaan Bertuah
1 bulan keahlian Body Express Fitness Club
80 Baucer Diskaun Masuk
Sunway Lagoon Theme Park